Covid-19: 19 kematian dilaporkan semalam
Kementerian Kesihatan melaporkan 19 kematian baru Covid-19 semalam (2 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 31,532.
Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, empat pesakit meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.
Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan lima kes, disusuli Terengganu (4), Johor (3), Sabah (2), Kedah (1), Kelantan (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Pahang, Perak, Perlis, Penang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sebanyak 18 daripada 29 kematian yang dilaporkan atau 94.7 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.
Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.
Purata 33 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari lalu dengan 28 korban, menunjukkan aliran menurun.
Setakat semalam, terdapat 40,606 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 9.4 peratus daripada 44,815 jangkitan aktif seminggu yang lalu.
Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 35 peratus daripada 62,487.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai