Skip to main
Logo Malaysiakini

2,690 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,690 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,767,044.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 14 hari, sejak December 20.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 2.1 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan telah meningkat (bertambah 17.7 peratus).

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 2) di mana 2,882 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (734)
  • Johor (407)
  • Kelantan (275)
  • Kedah (225)
  • Pahang (203)
  • Pulau Pinang (166)
  • Sabah (165)
  • Perak (149)
  • Melaka (148)
  • Kuala Lumpur (135)
  • Terengganu (122)
  • Negeri Sembilan (89)
  • Putrajaya (19)
  • Sarawak (17)
  • Labuan (15)
  • Perlis (13)