Skip to main
Logo Malaysiakini

Tok Him tawar diri jadi ahli JK bebas siasat isu saham bos SPRM

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Ibrahim Ali mencadangkan penubuhan jawatankuasa bebas bagi menyiasat dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Dia turut menawarkan diri untuk bersama dalam jawatankuasa tersebut tanpa sebarang bayaran.

Merujuk kepada sesi sidang media yang akan diadakan Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Abu Zahar Ujang dan Azam petang ini katanya, ia hanya bertujuannya memberi penjelasan dan membersih Azam yang kini dipersoalkan integritinya.

"Sudah tentu sidang media ini yang di hadiri bersama ketua pesuruhjaya SPRM hari ini jawapannya sudah diketahui umum. Bersih, tidak ada salah laku dan semuanya fitnah untuk memburuk Azam.

"Nasihat mudah kepada Abu Zahar iaitu buat cadangan nasihat secara terbuka kepada kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil rakyat pembangkang, Majlis Peguam, wakil peguam negara, Polis Diraja Malaysia, individu yang berintegriti," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azam Baki

Jelasnya, jawatankuasa khas ini perlu diberi hak untuk selongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.

"Laporan ini akan dibentangkan di parlimen, jika tiada salah laku maka nama baik Azam dapat dibersihkan tanpa apa-apa lagi persepsi buruk," kata Ibrahim.