Skip to main
Logo Malaysiakini

Di umur 97 atau 98 tahun, Dr M akan bertanding lagi dalam PRU depan?

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad masih tidak berterus terang sama ada dia akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dalam pilihan raya umum akan datang, umur saya sudah 97 atau 98 tahun.

“Saya tahu saya sudah tua tetapi saya agak beruntung sebab masih boleh bercakap dengan orang, masih boleh berhujah dan memimpin parti.

“Parti mahu saya bertanding.

“Saya tak fikir saya patut bertanding tetapi saya akan berikan sokongan penuh pada Pejuang,” kata bekas perdana menteri dalam wawancara dengan Cityplus FM.

Mahathir merupakan pengerusi Pejuang, parti yang diasaskannya selepas dia disingkirkan daripada Bersatu iaitu parti serpihan Umno yang turut diasaskannya.

Pejuang telah berikrar untuk meletakkan 120 calon di kerusi Parlimen semasa pilihan raya umum akan datang dan akan berkempen dengan memperjuangkan isu antirasuah dan isu kaum Melayu.

Mengenai kritikan terhadap kenyataannya tentang isu penggunaan “penyepit”, Mahathir berkata dia tidak menentang penyepit, sambil menyatakan bahawa dia tahu cara menggunakannya dan ia adalah alatan makanan yang digunakan oleh Jepun, Vietnam dan Korea juga.

Katanya, dia hanya menggunakan 'penyepit; sebagai contoh bagaimana kaum India dan Cina enggan menerima pakai terhadap amalan majoriti di Malaysia.

"Itu adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran. Saya boleh katakan 'tarian singa'," katanya sambil menambah bahawa orang ramai akan menimbulkan isu walaupun dia menggunakan contoh lain.

Dia mengulangi hujah-hujahnya yang sering diulang-ulang bahawa dia mengharapkan orang India dan Cina mencuba dengan bersungguh-sungguh dengan menerima pakai budaya dan bahasa Melayu, menggunakan asimilasi paksa Cina di Thailand, Filipina dan Indonesia sebagai contoh.

"Apabila kita sampai ke peringkat di mana, walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi budaya dan bahasa kita hampir sama, itu akan mengurangkan pengenalan kaum," kata Mahathir.