Skip to main
Logo Malaysiakini

3,270 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,270 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,773,156.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 1.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Kuala Lumpur (+77.5 peratus) dan Sabah (+41.7 peratus) telah meningkat.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 4) di mana 2,842 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (514)
Kelantan (397)
Johor (284)
Sabah (258)
Kedah (237)
Pulau Pinang (230)
Kuala Lumpur (206)
Pahang (146)
Terengganu (138)
Negeri Sembilan (117)
Melaka (105)
Perak (101)
Perlis (45)
Putrajaya (35)
Sarawak (24)
Labuan (5)

 

[Laporan penuh menyusul]