Skip to main
Logo Malaysiakini

19 kematian Covid-19, jumlah korban 31,628

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 19 kematian baru Covid-19 semalam (6 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 31,628.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 21.1 peratus atau empat orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan empat korban, membentuk 21.1 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Baki kematian di Johor (3), Kelantan (2), Pahang (2), Sabah (2), Terengganu (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1) dan Pulau Pinang (1) .

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 16 daripada 19 kematian yang dilaporkan atau 84.2 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 30 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 24, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 39,779 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 4.5 peratus daripada 41,661 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 34.2 peratus daripada 60,413.