Skip to main
Logo Malaysiakini

3,381 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,381 kes baru Covid-19. Kes keseluruhan kini berjumlah 2,780,080.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di beberapa negeri telah meningkat, iaitu di Sabah (bertambah 75.0 peratus), Pulau Pinang (bertambah 29.5 peratus) dan Negeri Sembilan (bertambah 20.8 peratus).

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 6) di mana 3,543 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (919)
  • Johor (410)
  • Kelantan (296)
  • Pahang (260)
  • Sabah (245)
  • Kuala Lumpur (229)
  • Pulau Pinang (222)
  • Kedah (217)
  • Melaka (168)
  • Perak (166)
  • Negeri Sembilan (160)
  • Terengganu (153)
  • Putrajaya (38)
  • Perlis (21)
  • Labuan (20)
  • Sarawak (19)

Jangkitan baru hari ini terdiri daripada 3,247 rakyat Malaysia (96.0 peratus) dan 134 bukan warganegara (4.0 peratus).

Jumlah kes yang sembuh pula ialah 3,447 orang sekali gus mengatasi kes baru yang dikesan dan ini dijangka membantu mengurangkan bilangan kes aktif negara.

Seramai 254 pesakit yang sedang dirawat kini ditempatkan dalam unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu 114 diberikan alat bantuan pernafasan.

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 5.6 peratus lebih rendah berbanding minggu lalu.

Mereka yang memerlukan intubasi juga menurun sebanyak 30.1 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Sehingga kini, 182 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk enam kluster baru dilaporkan hari ini.