Skip to main
Logo Malaysiakini

Maszlee: Jika tak ditangani, kes Azam boleh jadi duluan kes rasuah lain

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik berkata kes Azam Baki boleh menjadi duluan kepada sebuah negara bangsa yang gagal jika tidak ditangani.

“Jikalau ini dibenarkan, ia akan jadi sebuah precedent (duluan) untuk negara Malaysia, menyaksikan sejarah korupsi akan dihalalkan. 

"Rakyat perlu bangkit untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab untuk memerangi rasuah mengangkat integriti, morał dań menjaminkan kelangsungan masa depan negara yang lebih bersih adalah orang yang benar-benar bersih. 

"Jikalau kita berdiam diri, kita akan membiarkan akur dan mengikhtirafkan salah laku ini. 

"Kita akan menyaksikan di masa hadapan para pemimpin, para penguatkuasa dan mereka yang bertanggungjawab untuk menjaga integriti dan juga akauntabiliti negara akan mengumpul kekayaan sebanyak mungkin dan dengan mudah mengatakan ini milik adik, kakak, abang, atuk, nenek, moyang saya dan lepas begitu saja,” kata Maszlee pada sidang media yang diadakan hari ini.

Tambahnya, kes ini tidak seharusnya menjadi titik tolak kepada ‘negara gagal’.

“Bangkit untuk memastikan Azam Baki ambil cuti untuk disiasat, dan lebih bermaruah, Azam Baki perlu letak jawatan,” tambah Maszlee.

Maszlee adalah antara beberapa wakil Pakatan Harapan (PH) hari ini yang membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Sidang media itu dibuat sebagai maklum balas kepada sidang media yang diadakan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Abu Zahar Ujang bagi menjelaskan kemelut yang berterusan menyelubungi Azam pada 5 Jan.

Abu Zahar berkata saham itu dibeli atas nama Azam oleh adik lelakinya dan Azam tidak melakukan kesalahan. Abu Zahar menambah bahawa Azam telah memindahkan saham itu kepada adik lelakinya.

Azam menjadi sasaran kritikan selepas dia didakwa memiliki berjuta-juta saham dalam dua syarikat senaraian awam pada 2015.

Menurut laporan tahunan 2015 Excel Force Bhd, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu pada 21 Mac 2016. Pada masa itu, Azam adalah ketua bahagian siasatan SPRM.

[Baca berita asal]