Hujan berterusan tahap waspada di 10 kawasan di S'wak mulai Selasa
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Jan (Selasa) hingga 13 Jan ini.
MetMalaysia menerusi ciapan di Twitter pada 12 tengah hari ini, memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).
Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai