Skip to main
Logo Malaysiakini

23 korban terbaru Covid-19, kumulatif terkini 31,678 orang

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Sebanyak 23 kematian baru akibat Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, menjadikan jumlah kumulatif korban kerana pandemik itu 31,678 orang.

Daripada jumlah kematian semalam, empat orang (17.4 peratus) meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 960 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Terengganu mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi kali ini iaitu seramai lapan orang dan membentuk 34.8 peratus daripada data terkini yang dilaporkan.

Kematian lain yang dicatatkan ialah empat di Kedah, Kelantan (tiga), Perak (dua), dan masing-masing seorang di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur (1) .

Tiada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 22 daripada 23 kematian yang dilaporkan atau 95.7 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 28 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 21, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 39,927 kes aktif Covid-19. Ini adalah pengurangan sebanyak 1.7 peratus daripada 40,606 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 34.4 peratus daripada 60,875.

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baharu Covid-19 semalam.

Daripada 2,888 kes baru semalam, sebanyak 52 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Mengenai kes berkaitan kluster, 30 (57.7 peratus) adalah daripada penularan komuniti manakala 18 (34.6 peratus) adalah dari tempat kerja.

Baki kes dikesan kepada kluster berkaitan dan institusi pendidikan (4 - 7.7 peratus).

KKM memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.