Skip to main
Logo Malaysiakini

Korban Covid-19 bertambah 18 lagi, jumlah kumulatif menjadi 31,696

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sejumlah 18 kematian baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada setakat ini meningkat kepada 31,696 orang.

Daripada kes kematian yang baru dilaporkan itu dua orang - atau 11.1 peratus - meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 960 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

Johor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu empat orang, membentuk 22.2 peratus daripada kematian terbaru yang dilaporkan.

Ia diikuti Kedah (tiga), Pahang (dua), Selangor (dua), Terengganu (dua), Kuala Lumpur (dua), Kelantan (seorang), Melaka (seorang) dan Perak (seorang).

Tiada kematian baharu dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 16 daripada 18 kematian yang dilaporkan atau 88.9 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 28 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari 19, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 498 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 34.6 peratus daripada 60,780.

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baharu Covid-19 semalam.

Daripada 2,641 kes baru semalam, sebanyak 73 daripadanya dapat dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 42 (57.5 peratus) adalah daripada kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua manakala 15 (20.5 peratus) adalah dari tempat kerja.

Baki kes dikesan kepada kluster yang berkaitan dengan penularan komuniti (9 - 12.3 peratus) dan acara keagamaan (7 - 9.6 peratus).

KKM memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.