3,684 kes baru Covid-19, tertinggi dalam 2 minggu
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan sebanyak 3,684 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara.
Angka itu menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak berkenaan adalah sebanyak 2,798,917 kes.
Kes baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 14 hari, iaitu sejak 30 Disember lalu.
Jumlah kemasukan ke hospital bagi pesakit Covid-19 di seluruh negara meningkat sebanyak 1.08 peratus dalam tempoh tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.
Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri sehari lebih lewat melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 12) di mana 3,198 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (935)
Johor (417)
Kuala Lumpur (319)
Sabah (280)
Pahang (210)
Kelantan (197)
Kedah (183)
Pulau Pinang (179)
Perak (141)
Negeri Sembilan (106)
Melaka (76)
Terengganu (76)
Putrajaya (34)
Sarawak (23)
Perlis (13)
Labuan (9)
[Berita penuh menyusul]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai