Putera Andrew UK hilang gelaran tentera, naungan diraja
GLOBAL l Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada Khamis, Istana Buckingham berkata bahawa "Dengan kelulusan dan persetujuan (Ratu Elizabeth II), gelaran ketenteraan dan naungan diraja Duke of York telah dikembalikan kepada Ratu," lapor Xinhua.
Kenyataan itu menyebut Duke Of York, Putera Andrew, "tidak lagi akan menjalankan sebarang tugas awam dan menghadapi kes itu sebagai warganegara biasa."
Pengumuman itu dibuat ketika Putera Andrew menghadapi kes sivil di Amerika Syarikat berhubung dakwaan beliau melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita yang ketika itu berumur 17 tahun, yang dinafikannya secara konsisten.
Duke of York memegang beberapa gelaran tentera kehormat berikutan perkhidmatan beliau selama 22 tahun dalam Tentera Laut Diraja, lapor Sky News.
Andrew, 61, adalah anak ketiga Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh, mendiang Putera Philip dan merupakan anak lelaki kedua kepada pasangan Diraja itu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai