Skip to main
Logo Malaysiakini

Pengeluaran KWSP satu keperluan kecemasan - Asyraf

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pengeluaran caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) adalah satu keperluan kecemasan ketika rakyat masih berdepan ketidaktentuan situasi pandemik Covid-19, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata justeru, pengeluaran itu sangat membantu rakyat dalam memastikan kelangsungan diri memandangkan tiada jaminan bahawa masa depan mereka akan lebih baik berbanding sekarang.

“Dari bermula Covid-19 sehingga pelaksanaan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat terkesan sehingga ada yang berhutang, lalu terbeban, dan tidak mahu lagi berhutang,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kursus Ejen Mengundi, Ejen Pengira dan Ejen Barong (PACABA) oleh Menteri Besar Saarani Mohamad hari ini.

“Tiada jaminan masa depan mereka akan lebih baik jika sekarang pun sudah sengsara. Rakyat semakin bijaksana (berdasarkan pengalaman PKP), dengarlah suara dan rintihan mereka. Ini pandemik, dan ada keperluan untuk keluarkan KWSP kerana kecemasan,” tambahnya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat untuk meluluskan pengeluaran i-Citra KWSP, selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk masa depan kewangan pencarum kelak.

Bernama