Skip to main
Logo Malaysiakini

19 lagi kematian akibat Covid-19, jumlah korban kini 31,781

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan memaklumkan sejumlah 19 kematian baru akibat Covid-19 semalam (15 Jan), menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang berpunca daripada pandemik itu meningkat kepada 31,781 orang.

Daripada jumlah itu, 31.6 peratus atau enam pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 963 kematian bagi setiap satu juta penduduk.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Selangor (5) diikuti Perak (3), Sabah (3), Johor (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sejumlah 17 daripada 19 kematian yang dilaporkan (89.5 peratus) berlaku dalam tempoh seminggu lalu.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu dan hanya dilaporkan semalam ekoran penangguhan dalam pelaporan data.

Purata 25 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari berbanding purata 18 kematian dalam masa tujuh hari, sekali gus menunjukkan penurunan.

Setakat ini, sejumlah 583 kes kematian akiba Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 40,785 kes aktif - peningkatan 2.5 peratus daripada 39,776 kes aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif menurun sebanyak 27.5 peratus daripada 56,231 kes.