Satu perlima rakyat Amerika dijangkiti Covid-19
Satu daripada setiap lima rakyat Amerika Syarikat (AS) dijangkiti COVID-19 sejak ia mula dikesan di negara itu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins, kata Xinhua.
Sejumlah lebih 66,000,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh AS pada Selasa, iaitu kira-kira satu perlima daripada populasi AS.
Lebih 851,000 kematian COVID-19 dilaporkan di negara ini setakat Selasa.
AS menyaksikan lonjakan COVID-19 baharu sejak pertengahan Disember disebabkan oleh varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.
Negara itu kini mencatatkan purata hampir 800,000 kes COVID-19 baharu dan hampir 1,800 kematian baharu setiap hari, meningkat dengan ketara minggu demi minggu, menurut data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai