Bubar DUN: Hasni dijangka mengadap Sultan Johor petang ini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dijangka menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, petang ini.
Hasni berkata beliau akan menghadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 5 petang ini.
"Saya telah mendapat persetujuan daripada Ketua-ketua Bahagian (Umno) untuk (diadakan) Pilihan Raya Negeri Johor.
"Saya akan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Kota Iskandar sekejap lagi sebelum menghadap Tuanku," katanya ringkas kepada pemberita di Johor Bahru hari ini.
Hasni dijangka membuat sidang media pada 6 petang ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai