Amerika arahkan kakitangan kedutaaan tinggalkan Ukraine
GLOBAL l Amerika Syarikat (AS) pada Ahad secara rasmi mengarahkan ahli keluarga kakitangan kedutaan yang layak untuk meninggalkan Kyiv, Ukraine di tengah-tengah ketegangan berterusan antara Ukraine dan Rusia.
“Pada 23 Januari 2022, Jabatan Negara AS membenarkan perjalanan secara sukarela pekerja warganegaranya serta ahli keluarga yang layak meninggalkan Kedutaan di Kyiv kerana ancaman berterusan tentera Rusia.
"Warga AS di Ukraine harus mempertimbangkan untuk berlepas sekarang menggunakan pengangkutan komersial atau persendirian yang tersedia," katanya dalam panduan perjalanan, menurut Agensi Anadolu (AA).
Situasi keselamatan di sekitar “sempadan Ukraine, di Crimea dan di timur Ukraine yang dikuasai Rusia tidak dapat diramalkan dan boleh bertambah buruk dengan sedikit notis,” kata kenyataan itu, sambil menambah terdapat laporan bahawa Rusia sedang merancang “tindakan ketenteraan yang ketara terhadap Ukraine. ”
Rusia mengambil alih Semenanjung Crimea di Ukraine pada 2014 dan tindakan itu tidak pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa serta dikecam sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Rusia baru-baru ini menghimpunkan puluhan ribu tentera berhampiran sempadan timur Ukraine, mencetuskan kebimbangan bahawa Kremlin mungkin merancang satu lagi serangan ketenteraan terhadap bekas jirannya itu.
Bagaimanapun, Moscow menafikan bahawa mereka sedang siap sedia menyerang dan berkata tenteranya berada di sana untuk sesi latihan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai