Skip to main
Logo Malaysiakini

Pemuda Umno Kota Tinggi tak akan sokong 'katak' dari Bersatu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pemuda Umno Kota Tinggi hari ini menyatakan ia tidak akan menyokong penyandang DUN yang keluar Bersatu jika mereka bertanding menggunakan tiket Umno dalam PRN Johor.

Ia selepas Utusan Malaysia melaporkan tiga penyandang itu telah keluar Bersatu dan akan kembali menyertai Umno.

Ketua Pemuda Umno Kota Tinggi Johan Azam Mohd Yasin berkata mereka tidak akan menyokong “katak politik”.

“Berita awal yang dikeluarkan Utusan Malaysia menyatakan bahawa tiga (penyandang) Adun  bakal meninggalkan Bersatu dan akan menyertai semula Umno.

“Tindakan ini tidak lain bertujuan untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menggunakan Umno sebagai medan perjuangan mereka.

“Pemuda Umno Kota Tinggi dengan ini berpendirian bahawa tidak akan sesekali menyokong penyandang N37 Johor Lama, Rosleli Jahari mahupun N36 Sedili, Rasman Ithnain daripada mewakili Barisan Nasional pada PRN kali ini,” kata Johan dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook sayap itu, hari ini.

Rosleli dan Rasman merupakan anggota Umno sebelum menyertai Bersatu pada 2018.

Utusan Malaysia dalam laporannya mendakwa tiga penyandang DUN Bersatu dijangka mengumumkan langkah mereka untuk keluar parti dan menyertai Umno.