Skip to main
Logo Malaysiakini

13 rumah terjejas akibat hujan lebat, ribut di Shah Alam

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Tiga belas rumah penduduk di Lorong Bunga Raya 3, Jalan Kampung Bunga, Seksyen 22 di Shah Alam adalah antara yang terjejas susulan hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di situ petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian ribut pada 5.15 petang yang mengakibatkan bumbung rumah penduduk tercabut dan diterbangkan angin.

Dia berkata lapan kenderaan dan enam lot parkir sebuah pasar raya di Seksyen 13 turut dilaporkan rosak.

“Satu lagi laporan diterima daripada orang awam sekitar 6.50 petang membabitkan kepingan bumbung di tingkat dua sebuah universiti swasta di Seksyen 13 di sini terjatuh akibat angin kencang.

“Namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa bagi ketiga-tiga laporan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

-Bernama