PM: Kabinet putuskan tiada kenaikan tarif elektrik
Kerajaan hari ini mengumumkan yang mereka memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik.
Perkembangan itu hadir kurang dari 48 jam selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan, mengumumkan bahawa tarif baru untuk tempoh 2022 - 2024 yang mungkin akan dilaksanakan pada 1 Feb ini.
Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat kabinet, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan Twitternya.
"Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih 9 juta pengguna domestik.
"Sehubungan dengan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan,” katanya.
Takiyuddin semalam berkata keputusan mengenai tarif itu sudah dimuktamadkan pada Rabu selepas ia dibincangkan sebanyak enam kali dalam mesyuarat kabinet.
Pun begitu Takiyuddin memberi jaminan kenaikan tersebut tidak akan membebankan orang ramai.
Dia juga berkata kerajaan mengambil kira keadaan semasa negara yang semakin pulih daripada krisis ekonomi berikutan pandemik Covid-19 semasa menentukan tarif elektrik baru.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai