Skip to main
Logo Malaysiakini

12 lagi kematian Covid-19, jumlah korban 31,952

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 12 kematian baru Covid-19 semalam (28 Jan), menjadikan jumlah kumulatif korban kepada 31,952.

Kes kematian itu dilaporkan di Johor (3), Perak (3), Pahang (2), Sabah (2), Melaka (1) dan Selangor (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata 17 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari dengan 12 kematian, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 754 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 1,174 kematian Covid-19 dilaporkan pada Disember lalu, 1,612 pada November lalu, 2,704 pada Oktober lalu dan 9,678 pada September lalu.

Setakat semalam, terdapat 50,030 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 16.8 peratus daripada 42,843 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 20 peratus daripada 41,682.