Skip to main
Logo Malaysiakini

5,139 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,139 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,861,069.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di seluruh negara telah meningkat sebanyak 28.4 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 28) dengan 5,522 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,656)
  • Johor (704)
  • Kedah (511)
  • Kuala Lumpur (480)
  • Sabah (358)
  • Melaka (357)
  • Kelantan (338)
  • Negeri Sembilan (308)
  • Pahang (276)
  • Pulau Pinang (242)
  • Perak (151)
  • Terengganu (60)
  • Putrajaya (49)
  • Perlis (18)
  • Sarawak (11)
  • Labuan (3)