Skip to main
Logo Malaysiakini

Pekerja penyelenggara maut terjatuh di ruang lif

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seorang lelaki maut selepas terjatuh di ruangan lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata lelaki berumur 33 tahun yang merupakan pekerja penyelenggara bangunan berkenaan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kira-kira pukul 11 pagi mendapati seorang lelaki dewasa berada di tingkat bawah (B2) dalam ruangan lif pusat beli-belah itu.

"Berdasarkan maklumat, lelaki itu dipercayai terjatuh dari tingkat empat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pasukan penyelamat menggunakan basket stretcher dan tali untuk menarik serta mengeluarkan mayat dari lubang ruang lif berkenaan yang dianggarkan sedalam enam kaki dari pintu lif.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

- Bernama