Skip to main
Logo Malaysiakini

300 kediaman rosak akibat puting beliung di Ipoh

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ribut puting beliung melanda Ipoh semalam telah menyebabkan lebih 300 rumah rosak dalam kejadian itu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, kawasan yang terjejas ialah Kampung Tawas, Taman Tasik Damai, Taman Desa Seri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya

“Tiada kehilangan nyawa dilaporkan dan keadaan terkawal.

“Semua agensi berkaitan termasuk jabatan polis Ipoh, Jabatan Kerja Raya Kinta, Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Bandaraya Ipoh, Chemor dan Pejabat Penghulu Tanjung Rambutan serta Tenaga Nasional Bhd turun padang menghulurkan bantuan.

“Sebarang perkembangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” kata satu kenyataan hari ini.

‘Ipoh’ telah menjadi topik yang trending di Twitter dengan banyak video mengenai kejadian ribut berkenaan tular di aplikasi itu, yang menyaksikan bumbung rumah dilambung angin kencang.

Tiang elektrik dan pokok juga dilaporkan tumbang semasa ribut, yang berlaku dari jam 6 hingga 6.30 petang semalam itu.

Bantuan bagi membaiki kediaman yang rosak telah dimulakan oleh NGO, termasuk CuciMalaysia.