Lim tanya siapa calon PM Umno di saat kebimbangan kebangkitan semula Najib
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bertanya tentang siapa yang akan menjadi calon perdana menteri Umno bagi PRU15.
Pertanyaan itu di tengah spekulasi bekas perdana menteri Najib Razak, yang telah disabitkan atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa, kini sedang cuba untuk membuat kebangkitan semula dalam politik.
Lim membangkitkan MIC, iaitu parti komponen BN, pada tahun lalu juga membangkitkan persoalan siapa yang akan menjadi calon perdana menteri gabungan itu.
“Jadi siapa kan jadi perdana menteri Umno selepas PRU15?
“Adakah Ismail Sabri, atau adakah MCA dan MIC akan menyokong Najib sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 atau ke-11?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Lim, yang merupakan ahli parlimen Iskandar Puteri, membangkitkan persamaan antara Najib dan bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Pada hujung minggu, Trump secara terbuka menyentuh untuk sekali lagi usaha untuk ke White House, dengan organisasi politiknya mengumumkan telah meraih AS$122 juta - jumlah yang begitu besar bagi seorang bekas presiden.
“Ia membangkitkan visi untuk penggal kedua yang akan berfungsi sebagai alat dendam peribadi dan menjadi lebih autoritarian berbanding penggal pertamanya, apabila dia berikrar untuk memberi pengampunan kepada pemberontak di bangunan Capitol AS jika dia kembali bertanding dan menang.
“Najib, yang telah pun membuat persediaan untuk kemunculan semula dengan memberi ucap tama di sebuah persidangan antarabangsa dan muncul dalam wawancara halaman muka depan akhbar utama, walau dia penjenayah yang telah disabitkan atas kesalahan korupsi, tidak syak lagi merupakan ahli politik Malaysia yang memiliki sumber kewangan paling kukuh - dengan tentera siber terbesar - untuk membentuk pandangan umum dengan penipuan dan maklumat yang salah,” katanya lagi.
Najib menjadi perdana menteri keenam sejak 2009 hingga 2018, manakala Trump adalah presiden AS ke-45 sejak 2017 hingga 2021.
“Sama seperti Trump yang tidak keberatan untuk membersihkan pemberotakan Capitol pada 6 Jan 2021, Najib juga tidak raug-ragu untuk membersihkan skandal 1MDB…,” kata Lim.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, atas pertuduhan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan bekas subsidiari 1MDB, SRC International.
Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan juga mengekalkan sabitan itu. Najib kini sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai