Skip to main
Logo Malaysiakini

5,736 kes baru, tertinggi dalam tempoh 2 bulan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,736 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,882,060.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 62 hari, iaitu sejak 2 Disember lalu.

Setakat semalam, jumlah kemasukan di hospital adalah pada kadar 60.2 peratus manakala penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 49.9 peratus.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan naik sedikit iaitu pada nilai 1.15.

Kadar itu perlu dikurangkan ke bawah 1.00 bagi mengelakkan peningkatan penularan.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (1 Feb), di mana 5,566 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,258)

Johor (868)

Kedah (581)

Sabah (490)

Kelantan (456)

Kuala Lumpur (430)

Pulau Pinang (426)

Melaka (250)

Negeri Sembilan (216)

Pahang (204)

Perak (160)

Terengganu (102)

Putrajaya (61)

Perlis (44)

Sarawak (17)

Labuan (3)

Peningkatan paling signifikan dilihat di Johor, Kedah dan Pulau Pinang, dengan jumlah kes baru tertinggi bagi tempoh lebih 100 hari.

[Berita lanjut menyusul]