Menteri Singapura Masagos Zulkifli lawat Malaysia hari ini
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Masagos Zulkifli akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia mulai Khamis (3 Feb).
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga republik itu dalam satu kenyataan berkata, Masagos dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Dalam tempoh lawatan kerja itu, Masagos yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Islam dijangka turut bertemu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua UMNO Kedah.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai