Isu vaksin: KJ saman Lokman Adam, Abu Syafiq
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan penceramah Mohd Rasyiq Mohd Alwi yang lebih dikenali sebagai Abu Syafiq.
Saman itu dibuat susulan tulisan di atas talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tahun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.
Saman-saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari.
Ia merujuk kepada video, gambar dan tulisan di media sosial - Facebook, Youtube dan Instragram.
Saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.
Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.
Pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai