Abdul Hadi jumpa wakil Taliban di Doha, beri jaminan bantuan kemanusiaan
Abdul Hadi Awang, duta khas kerajaan ke Timur Tengah, bertemu dengan wakil Taliban di Doha, Qatar semalam.
Wakil tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Taliban, Mohammed Suhail Shaheen, berkata dia dan Abdul Hadi membincangkan keperluan Malaysia untuk menyediakan bantuan ekonomi dan kemanusiaan kepada Afghanistan.
“Beliau (Abdul Hadi) berjanji Malaysia akan melakukan apa yang mampu untuk membantu rakyat Afghanistan dalam masa genting ini.
"Kedua-dua pihak menekankan perlunya lawatan delegasi dari kedua-dua negara ke ibu negara masing-masing untuk meningkatkan hubungan bersama," kata Suhail melalui ciapan Twitter.
Dia menambah bahawa delegasi dari pejabat politik Taliban turut hadir pada mesyuarat itu.
Abdul Hadi berada di Qatar untuk lawatan kerja empat hari yang berakhir hari ini. Pejabatnya berkata Abdul Hadi mempunyai mandat dan persetujuan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam satu kenyataan hari ini, duta khas itu berkata fokus utama lawatan berkenaan adalah untuk menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dalam usaha membina semula Afghanistan.
Ini termasuk menyelaras bantuan kemanusiaan, di samping membuka pintu kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan kebajikan.
Lawatan itu juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Qatar.
Abdul Hadi telah pulang ke Malaysia dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai