14 lagi kematian Covid-19, jumlah korban 32,025
Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 14 kematian baru Covid-19 semalam (5 Jan), menjadikan jumlah kumulatif korban kepada 32,025.
Daripada jumlah itu, sembilan pesakit meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.
Malaysia mencatatkan jumlah kematian perkapita tertinggi di Asean dan Asia Timur, dengan 969 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.
Kes kematian dilaporkan di Selangor (5), Sabah (4), Kuala Lumpur (2), Johor (1), Negeri Sembilan (1), dan Perak (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan, dan Putrajaya.
Purata 13 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari dengan 10 kematian, menunjukkan aliran menurun.
Setakat semalam, terdapat 65,952 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 28.3 peratus daripada 51,397 jangkitan aktif seminggu lalu.
Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 65.8 peratus daripada 39,779.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai