Erdogan, isteri positif varian Omicron
GLOBAL | Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan wanita pertama Emine Erdogan didapati positif varian Omicron Covid-19, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Keputusan ujian Covid-19 yang saya lakukan bersama isteri, selepas mengalami simptom ringan hari ini, adalah positif.
Syukurlah, kami hanya mengalami gejala ringan," kata Erdogan menerusi ciapan Twitternya, sambil menambah bahawa mereka akan bekerja dari rumah.
“Semoga, kami berjaya sembuh dari penyakit ini secepat mungkin... Kami mengharapkan doa anda,” kata isterinya dalam ciapan berasingan.
Pemimpin dari dalam dan luar Turki mendoakan agar Erdogan dan wanita pertama cepat sembuh.
Pemimpin yang menghantar mesej termasuk Presiden Cyprus Utara Ersin Tatar, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai