Skip to main
Logo Malaysiakini

Amaran hujan berterusan mulai esok hingga Selasa di Rompin, Mersing, dan Kota Tinggi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan (waspada) diramalkan di Rompin, Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi, Johor bermula esok hingga Selasa ini (8 Feb).

MetMalaysia dalam kenyataan turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di dua daerah di Sabah iaitu Kudat dan beberapa kawasan di Sandakan, yang diramalkan berlaku hari ini.

“Kawasan yang terbabit di Sandakan ialah Telupid, Kinabatangan dan Beluran,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Baru-baru ini, MetMalaysia memaklumkan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh dijangka berlaku terutama di negeri pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah, susulan fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 Nov tahun lepas, dijangka berterusan hingga Mac ini.

- Bernama