9 kematian dilaporkan, jumlah korban 32,043
Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah sembilan kematian baru Covid-19 semalam (7 Feb), menjadikan jumlah kumulatif korban kepada 32,043.
Daripada jumlah itu, dua pesakit meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.
Malaysia mencatatkan jumlah kematian perkapita tertinggi di Asean dan Asia Timur, dengan 970 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.
Kes kematian dilaporkan di Perak (4), Kedah (1), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1) and Selangor (1).
Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Purata 13 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari dengan sembilan kematian, menunjukkan aliran menurun.
Setakat semalam, terdapat 74,561 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 36.1 peratus daripada 54,777 jangkitan aktif seminggu lalu.
Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 87.5 peratus daripada 39,776.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai