Disamakan dengan watak video lucah, ‘gadis tudung hijau’ lapor polis
Seorang pelajar membuat laporan polis setelah video Tik Tok miliknya diedit dan disamakan dengan individu terlibat dalam video lucah yang dirujuk sebagai “gadis bertudung hijau”.
Nur Alia Mohd Acha, 21, membuat laporan itu pada 31 Januari di balai Ayer Keroh, Melaka.
“Daripada komen-komen dalam post tersebut ramai memalukan saya dengan mengatakan saya sebagai pelakon lucah.
“Saya merasa malu dan ingin mengambil tindakan kepada individu tersebut dan tindakan lanjut,” katanya dalam laporan polis tersebut.
Jelasnya, videonya - yang juga dimuat naik di TikTok - digunakan dan disunting tanpa kebenaran dan pengetahuan.
Dalam video asalnya, Alia yang bertudung hijau muncul dengan komen berkaitan keadaan bibirnya yang kering.
Bagaimanapun terdapat pengguna maya menyamakan Alia dengan “gadis tudung hijau” yang pernah tular dengan video lucah.
Selepas itu, katanya, muncul pula video itu diedit dan digabungkan dengan gambar individu yang didakwa terlibat dalam video lucah.
“Dia edit letak muka saya. Lepas itu dia buat gaya suntingan ‘Jedag Jedug’. Lepas itu dia letak muka cikgu (tudung hijau) itu.
“Yang itu saya dah buat laporan polis dah. Benda itu boleh timbulkan fitnah pada diri saya kan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Alia bagaimanapun berkata pelaku telah memadam video yang disunting serta memohon maaf padanya.
‘Saya trauma’
Sementara itu, Alia menyifatkan apa yang berlaku padanya amat mengejutkan.
Katanya, hanya memakai tudung hijau, dia menjadi mangsa gangguan seksual.
“Bagi saya benda ini sangat tidak wajar sebab kita tak bolehlah samakan orang dengan orang yang pernah buat benda jahat.
“Sebab mungkin cikgu itu sendiri, yang buat video itu, pun dah berubah.
“Sungguh trauma hidup saya,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai