Skip to main
Logo Malaysiakini

Sajat dikehendaki untuk kes penipuan maklumat kad pengenalan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Usahawan kosmetik dalam buruan Nur Sajat Kamaruzzaman dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes penipuan maklumat kad pengenalan yang sedang dibicarakan di Mahkamah Ampang Jaya.

“Bahagian siasatan jenayah komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan satu kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan yang sedang dalam prosiding perbicaraan di mahkamah Ampang Jaya dan saksi perlu hadir pada 22 Februari 2022. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan polis tersebut. 

Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan penipuan untuk mendapatkan harga. Jika sabit kesalahan, tertuduh oleh dipenjarakan antara setahun hingga 10 tahun, disebat dan didenda.

Notis tersebut turut menyatakan butiran saksi dengan nama penuh Sajat dengan alamat di Petaling Jaya, Selangor. 

“Saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi  pegawai penyiasat Inspektor Mastura Abdul Basher di talian 018-2053955,” menurut kenyataan itu. 

Mak nyah itu mendapatkan suaka daripada pihak berkuasa Australia pada Oktober tahun lalu selepas melarikan diri dari Malaysia, melalui Thailand.

Pada 6 Januari lalu, Sajat dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beautician di Shah Alam, dengan memakai tudung.