PM doakan Muhyiddin, keluarga diberi kesembuhan
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar Muhyiddin Yassin yang positif Covid-19, diberikan kesembuhan.
Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya, Ismail Sabri turut mendoakan semoga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu dan keluarga dilindungi.
“Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi Tan Sri (Muhyiddin) sekeluarga,” katanya dalam catatannya sambil memuat naik semula status Muhyiddin.
Muhyiddin hari ini mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas melakukan ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
Menerusi catatan di media sosialnya, bekas perdana menteri itu memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).
“Alhamdulillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” katanya sambil meminta mereka yang berkemungkinan menjadi kontak rapatnya, untuk mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai