Skip to main
Logo Malaysiakini

9 kematian dilaporkan, jumlah korban 32,065

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah sembilan kematian baru Covid-19 semalam (9 Feb), menjadikan jumlah kumulatif korban kepada 32,065.

Kes kematian dilaporkan di Perak (2), Sabah (2), Johor (1), Kedah (1), Negeri Sembilan (1), Pahang (1) dan Selangor (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian perkapita tertinggi di Asean dan Asia Timur, dengan 969 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Menurut laman web CovidNow, sejak dua minggu lalu, Perak mencatatkan jumlah kematian tertinggi bagi setiap juta orang (80), diikuti Terengganu (56) dan Johor (48).

Purata 13 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari dengan 10 kematian, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 94,515 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 58.4 peratus berbanding 59,6828 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 137.8 peratus daripada 39,742.