Skip to main
Logo Malaysiakini

19,090 kes baru, kadar kebolehjangkitan tertinggi 1.47

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 19,090 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,975,422.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 148 hari, sejak 15 September tahun lalu.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught) berada pada tahap tertinggi iaitu 1.47. Nilai R-naught mesti di bawah 1.0 untuk mengelakkan peningkatan eksponen dalam jangkitan baru.

Kadar penggunaan hospital meningkat kepada 69.9 peratus manakala kadar penggunaan unit rawatan rapi berada pada 52.3 peratus.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Feb 9) di mana 17,134 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (3,582)
Sabah (3,333)
Johor (2,321)
Kedah (1,569)
Kelantan (1,222)
Kuala Lumpur (1,068)
Pulau Pinang (1,010)
Pahang (739)
Negeri Sembilan (618)
Perak (395)
Melaka (347)
Terengganu (327)
Putrajaya (204)
Sarawak (184)
Perlis (152)
Labuan (63)