Skip to main
Logo Malaysiakini

Melawat tapak industri kayu arang tertua negara

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

ESEI FOTO | Sejak sekian lama Kuala Sepetang - atau nama lamanya, Port Weld - bukan sahaja terkenal sebagai tapak stesen kereta api terawal di Malaysia, tetapi juga industri pembuatan kayu arang paling tua.

Industri berkenaan bertapak di situ sejak 1930 dan dari semasa ke semasa produk kayu arang dari Kuala Sepetang mendapat permintaan yang tinggi kerana dianggap antara yang terbaik di dunia.

Bagaimanapun, proses penghasilannya bukanlah semudah yang disangka.

Ia bermula dengan proses memilih bahan mentah iaitu pokok bakau, sama ada daripada jenis bakau kurap (rhizophora mucronata) atau bakau minyak (rhiziphora apiculato) yang berusia sekurang-kurangnya 30 tahun.

Batang pokok bakau yang ditebang itu kemudian diangkut dengan bot untuk dibawa ke kilang yang terletak di pinggir sungai.

Batang kayu bakau yang sudah siap dipotong, dibuang kulitnya danlam relau melalui tiga peringkat dan memakan masa selama sebulan.

Proses pembakaran bermula dengan api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum relau ditutup sepenuhnya selama 10 hari untuk proses penyejukan.

Bahan mentah diangkut ke kilang menggunakan kaedah tradisional

Kualiti arang yang yang dibakar boleh dinilai melalui tiga kaedah iaitu dengan melihat kepada warna awap pada arang yang sudah siap sepenuhnya.

Setelah selesai proses penyejukan, pekerja akan mengeluarkan arang untuk dimuatkan ke dalam lori, ditimbang dan dihantar ke kilang pemprosesan terakhir untuk dijadikan pelbagai produk.

Selain bahan bakar, arang juga digunakan dalam industri pembuatan barangan lain termasuk kosmetik, bahan pencuci, baja dan ubat nyamuk.

Pekerja memindahkan kayu bakau ke dalam relau

Setakat ini, dianggarkan terdapat 80 pengusaha kayu arang dengan 360 dapur masih beroperasi di Kuala Sepetang.

Ada dua jenis pokok bakau yang sesuai dijadikan kayu arang

Arang yang sudah diproses dibawa ke tempat pembungkusan

Arang yang sudah sedia untuk dibungkus

Kerja-kerja pembungkusan sedang dijalankan

Suasana dalam kilang menghasilkan kayu arang

Antara wajah pekerja kilang yang ‘berkawan’ dengan suasana panas dalam kilang

Sebahagian daripada pekerja kilang berehat menghilangkan lelah

Antara arang yang dijadikan sebagai bahan cenderahati buat pengunjung dijual di sebuah kedai berdekatan