Skip to main
Logo Malaysiakini

PAS, Bersatu bertanding di lebih 40 kerusi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PRN JOHOR | Perikatan Nasional (PN) dijangka bertanding di semua 56 kerusi pada 12 Mac ini, dengan PAS dan Bersatu bertanding di lebih 40 daripadanya, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Jentera parti telah membuat persiapan untuk menghadapi PRN kali ini dan pembahagian kerusi akan dilakukan dengan sebaik mungkin memandangkan masih ada beberapa parti lain lagi dalam PN. Selebihnya (itu) parti komponen lain dalam PN,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dekat Pasir Tumboh, di Kota Bharu hari ini.

Katanya pembahagian kerusi antara PAS dan Bersatu masih di peringkat perbincangan dan ia hanya akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PN untuk PRN Johor nanti.

"Kami juga bersetuju supaya satu bilik gerakan operasi antara PAS dan Bersatu ditempatkan di satu lokasi sahaja bagi memudahkan segala urusan perancangan dan gerak kerja parti," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.

- Bernama