Skip to main
Logo Malaysiakini

24 kematian baru Covid-19 direkodkan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Dua puluh empat lagi kematian baru direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada semalam.

Ia menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat pandemik ini meningkat kepada 32,149 orang.

Semalam adakah hari keempat berturut-turut negara ini mencatatkan kematian akibat Covid-19 melebihi 10 orang.

Daripada 11 kematian direkodkan semalam, Johor dan Sabah masing-masing mencatatkan lima korban, diikuti empat di Selangor, Kedah (tiga), Kelantan (dua), Negeri Sembilan (dua), Terengganu (dua), dan Perak (seorang).

Sementara itu tiada kematian baru dilaporkan di Sarawak, Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Setakat hari ini, sebanyak 546 orang maut akibat Covid-19 bagi Feb ini.

Bagi kes aktif pula, sehingga semalam sebanyak 168,447 kes dikesan.

KKM memuat naik butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam di Github sebagai sebahagian daripada inisiatif data terbukanya.