Ismail Sabri menghadap Sultan Brunei
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara ini.
Ismail Sabri yang ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada pukul 10.45 pagi.
Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Pada sesi menghadap itu, Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zain Shah.
Ismail Sabri kemudian mengadakan pertemuan empat mata kira-kira setengah jam bersama Sultan Hassanal Bolkiah.
Selesai pertemuan itu, Perdana Menteri dan delegasi diraikan pada Majlis Persantapan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.
Ismail Sabri tiba di Brunei semalam, lawatan pertama beliau ke negara ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos lepas.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai