Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid: 22,133 kes baru, jumlah kedua tertinggi tahun ini

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kes baru Covid-19 dalam negara terus meningkat kepada 22,133 kes hari ini, jumlah kedua tertinggi melepasi paras 22,000 untuk tahun ini.

Sebelum ini, Malaysia merekodkan kes baharu Covid-19 yang melepasi paras 22,000 pada Sabtu lepas (12 Feb) dengan 22,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan, kumulatif kes kini adalah 3,083,683.

Beliau berkata 99.34 peratus atau 21,987 daripada jumlah kes baharu itu dalam kategori satu dan dua, manakala 146 kes lagi atau 0.66 peratus berada di kategori tiga, empat dan lima.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator.

- Bernama