Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid: 27,831 kes baru, jumlah tertinggi tahun ini

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kes baru Covid-19 dalam negara terus meningkat kepada 27,831 kes hari ini, jumlah tertinggi untuk tahun ini.

Catatan kes itu adalah yang tertinggi sejak negara dilanda wabak Covid-19. Negara kali terakhir mencatat kes tertinggi pada 26 Ogos lalu, dengan 24,599 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan, kumulatif kes kini adalah 3,111,514 kes.

Bagaimanapun, katanya, hanya sebanyak 97 kes atau 0.35 peratus daripada 27,831 kes hari ini dalam kategori tiga, empat dan lima.

"Selain itu 27.33 peratus atau 7,606 kes pula adalah pesakit dalam kategori satu iaitu bergejala ringan, diikuti kategori tiga (59), kategori empat (28) dan kategori lima (10)," katanya.