Skip to main
Logo Malaysiakini

Lebih 3,000 kakitangan kesihatan positif Covid-19 minggu lalu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Lebih 7,700 petugas kesihatan didapati positif Covid-19 sejak Januari lalu dengan hampir separuh daripada jumlah itu direkodkan pada minggu lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan mendapati jumlah itu meningkat daripada hanya 284 kes pada minggu pertama 2022 kepada 3,343 pada minggu keenam, iaitu antara 6 Feb dan 12 Feb.

Secara keseluruhan, terdapat seramai 7,702 kakitangan kesihatan didapati positif setakat 15 Feb.

“Sehingga 15 Feb lepas, seramai 5,063 orang tidak hadir bekerja kerana positif Covid-19, iaitu kira-kira 1.96 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja di kementerian,” katanya dalam satu pesanan ringkas, malam tadi.

Malaysiakini telah menghubungi Noor Hisham selepas pekeliling baru dikeluarkan pada Selasa lalu berhubung kakitangan kesihatan yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat bagi pesakit Covid-19.

Ditanya mengenai kebimbangan terhadap jumlah kakitangan yang ramai tidak hadir bekerja, Noor Hisham berkata pihaknya telah mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas.

"Langkah-langkah yang perlu dan sesuai diperkenalkan berdasarkan data dan amalan yang ada pada masa ini di negara lain.

“Kementerian juga bekerjasama dengan fasiliti penjagaan kesihatan swasta untuk membantu dalam pengurusan pesakit Covid-19,” tambah Noor Hisham.

[Baca berita penuh]