Skip to main
Logo Malaysiakini

Pergeseran DAP Johor reda, setuju kompromi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PRN JOHOR | Pergeseran antara Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan mereka yang berpihak kepada penyandang kerusi Dun Skudai, Tan Hong Pin dilihat mulai reda buat masa ini.

Ini selepas kumpulan Tan, yang terdiri daripada penyandang kerusi Dun, Ng Yak Howe (Bentayan), Ee Chin Li (Tangkak), Cheo Yee How (Perling) dan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) bersetuju menyelesaikan perkara itu secara kompromi seperti disaran kepimpinan pusat.

Berdasarkan perjanjian pada 13 Feb, tiga daripada lima penyandang - Ng, Ee dan Yeo, akan bertanding semula di kerusi masing-masing bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun dua lagi nama - Tan dan Cheo, akan digugurkan. Tan, bagaimanapun, akan diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang di kerusi parlimen Labis.

"Selepas beberapa rundingan, kami setuju dengan penyelesaian ini. Walaupun ia tidak sempurna, kami merasakan masa yang tinggal tidak banyak dan persiapan harus dimulakan secepat mungkin," kata Tan ketika ditemubual Malaysiakini.

Dia berkata kumpulannya telah mencadangkan "penyelesaian alternatif" kepada jawatankuasa pencalonan DAP pada 9 Feb, tetapi ia ditolak pada 12 Feb.

Dia enggan mendedahkan butiran cadangan alternatif itu, tetapi menegaskan mereka bersedia untuk berkompromi dan tidak lagi mendesak kelima-lima calon untuk bertanding.

Tan mendakwa Liew seorang yang sangat mendesak dan terdapat spekulasi dia akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP Johor jika pemimpin di peringkat pusat tunduk kepada tuntutan penuh kumpulan berkenaan.

“Kita tidak mahu melihat pertukaran pengerusi, ia akan menjejaskan keputusan pilihan raya,” katanya.

Penyokong kumpulan Tan menganjurkan perhimpunan solidariti dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas menerima khabar angin bahawa Liew mungkin akan menggugurkan nama-nama berkenaan sebagai calon pada PRN Johor.

Mereka juga menganjurkan acara untuk Liew membuat penjelasan tetapi menunjukkan kerusinya yang kosong semasa siaran langsung di Facebook.

[Baca berita penuh]