Loh: 'Islam, Hindu atau Kristian ibu tetap terima'
Ibu tunggal Loh Siew Hong menegaskan usaha yang dilakukannya sekarang bertujuan untuk mendapatkan semula hak penjagaan terhadap tiga orang cahaya matanya itu.
"Saya hendak anak saya balik. Ini bukan isu perkauman atau isu politik ke. Tidak ada".
"Ini betul-betul saya hendak anak saya balik itu saja," katanya ketika ditemui wartawan Malaysiakini di Butterworth hari ini.
Loh memberitahu dia sangat sedih kerana sekali lagi dihalang Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis daripada bertemu anaknya walaupun dijanjikan sebelum ini dapat berjumpa setiap hari.
Katanya, memandangkan teruja akan bertemu anaknya pada hari ini, maka dia telah membelikan hadiah berupa jam tangan, kasut dan jaket buat mereka.
Namun, niat Loh menyampaikan hadiah itu tidak kesampaian hari ini.
Ibu tunggal itu juga menegaskan dia cuma mahukan anaknya - sepasang kembar perempuan berusia 14 tahun dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun itu - kembali bersamanya.
"Saya hendak anak saya balik. Ini bukan isu perkauman atau isu politik ke. Tidak ada".
"Ini betul-betul saya hendak anak saya balik itu saja.
"Tolonglah beri balik anak-anak saya. Walaupun dia orang Muslim ker, Hindu atau Kristian ker, mana-manapun ibu tetap terima.
"Tolonglah, saya mahu anak-anak saya balik," rayunya dengan linangan air mata.
Semalam, Loh meluangkan masa bersama anak-anaknya selama sejam selepas suaminya Nagahswaran Muniandy membawa mereka pergi dan mengislamkan mereka secara sepihak tiga tahun lalu.
Mereka kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis sementara menunggu keputusan permohonan habeas corpus yang ditetapkan pada 21 Feb di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hari ini, mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak timbul isu sekiranya anak-anak Loh mahu pulang kepada ibu mereka, tetapi dia mendakwa anak-anak itu tidak mahu berbuat demikian.
Loh dan suaminya, Nagahswaran Muniandy berpisah pada Mac 2019, dan tidak lama kemudian wanita itu terasing dengan anak-anak.
Nagahswaran dilaporkan melarikan tiga kanak-kanak itu ketika ketiadaan Loh dan menukar agama dan menempatkan mereka di sebuah NGO berkaitan Islam.
Nagahswaran kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan dadah.
Selepas penceraian mereka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan hak penjagaan mutlak kepada Loh pada Mac 2021, dan dia menghabiskan sembilan bulan mencari mereka sebelum meminta bantuan polis Bukit Aman.
Dia kemudian mendapati anak-anaknya bersama sebuah NGO mualaf.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai