Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 26,701 kes baru, 39 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 26,701 kes baru Covid-19 direkodkan semalam. Angka ini merupakan yang kedua tertinggi pernah direkodkan di negara ini.

Turut dilaporkan sebanyak 39 kematian baru akibat wabak berkenaan. Jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sepanjang minggu lalu.

Setakat semalam, seramai 7,119 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, meningkat 117 peratus berbanding seminggu lalu.

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Malaysia ialah 1.32, yang diumumkan dua hari lalu. Angka lebih daripada 1.00 menunjukkan penularan Covid-19 semakin pantas.

Setiap negeri di Malaysia menyaksikan Rt yang lebih daripada 1.00.

Kemasukan pesakit Covid-19 di hospital terus meningkat dengan 6,907 dimasukkan ke hospital semalam, iaitu peningkatan 119 peratus berbanding dua minggu lalu.

Jumlah pesakit Covid-19 tertinggi pernah direkodkan ialah 16,081 orang pada 16 Ogos tahun lalu.

Bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital ketika ini adalah lebih tinggi berbanding kemuncak gelombang wabak berkenaan pada Januari tahun lalu.