Skip to main
Logo Malaysiakini

Institusi pendidikan 'lubuk' Covid-19

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Institusi pendidikan dalam negara terus menjadi lubuk penularan Covid-19 dengan 90 kluster baru (sekitar 77 peratus) dikesan daripada 117 kluster baru yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang minggu lalu.

Semalam (18 Februari), sebanyak 14 kluster pendidikan dilaporkan daripada 16 kluster baru iaitu melibatkan Negeri Sembilan (2), Pahang (1), Perlis (1), Pulau Pinang (2), Sabah (2), Selangor (3), Kuala Lumpur (1) dan Labuan (2).

Kluster paling banyak mencatat kes daripada kluster yang dilaporkan semalam ialah Kluster Kundur Hilir dengan 68 kes, melibatkan Rembau dan Seremban di Negeri Sembilan; dan Kluster Pekatra Indah (Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang) dengan 45 kes.

Sementara itu, angka kes harian baru Covid-19 dalam negara kekal atas paras 20,000 untuk tujuh hari berturut-turut dengan angka tertinggi dilaporkan pada 16 Feb iaitu sebanyak 27,831 kes.

Pada 18 Feb Malaysia merekod sebanyak 27,808 kes harian baru dengan sembilan negeri mencatat kes empat angka, menjadikan kes kumulatif sebanyak 3,166,023.

Negeri tersebut ialah Selangor (6,064), Sabah (5,566), Johor (2,716), Kedah (2,537), Pulau Pinang (2,088), Kelantan (1,722), Negeri Sembilan (1,712), Pahang (1,376) dan Kuala Lumpur (1,339).

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula meningkat kepada 233,065, berdasarkan data CovidNow KKM setakat jam 11:59 malam 18 Feb dengan kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 32,276.

Lonjakan kes Covid-19 dalam negara sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan varian Omicron yang boleh menyebabkan penularan ganas seperti yang turut melanda banyak negara di dunia.

Data kes harian baru KKM bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (12 Februari hingga 18 Februari 2022) seperti berikut:-

12 Feb (22,802), 13 Feb (21,072), 14 Feb (21,315), 15 Feb (22,133), 16 Feb (27,831), 17 Feb (26,701) dan 18 Feb (27,808).

Lonjakan kes Covid-19 dalam negara juga melihat beberapa buah negeri merekod kes empat angka sepanjang tempoh rangkuman ini, seperti berikut:-

12 Feb - Selangor (6,136), Sabah (4,107), Johor (3,238), Kedah (1,629), Pulau Pinang (1,574), Kelantan (1,274), Pahang (1,063) dan WP Kuala Lumpur (1,043);

13 Feb - Selangor (5,350), Sabah (3,891), Johor (2,419), Kedah (1,841), Pulau Pinang (1,566), Kelantan (1,208), Pahang (1,099) dan WP Kuala Lumpur (1,001).

14 Feb - Sabah (4,035), Selangor (3,955), Johor (2,800), Kedah (2,733), Pulau Pinang (1,656), Kelantan (1,330) dan WP Kuala Lumpur (1,010).

15 Feb - Sabah (4,374), Selangor (3,862), Johor (2,780), Kedah (2,649), Pulau Pinang (1,681), Kelantan (1,598) dan WP Kuala Lumpur (1,215).

16 Feb - Selangor (6,647), Sabah (5,082), Kedah (2,961), Johor (2,606), Pulau Pinang (2,139), Kelantan (1,914), WP Kuala Lumpur (1,726) dan Negeri Sembilan (1,460).

17 Feb - Selangor (5,858), Sabah (4,794), Kedah (3,243), Johor (2,856), Pulau Pinang (1,999), Kelantan (1,783), WP Kuala Lumpur (1,419) dan Pahang (1,096).

18 Feb - Selangor (6,064), Sabah (5,566), Johor (2,716), Kedah (2,537), Pulau Pinang (2,088), Kelantan (1,722), Negeri Sembilan (1,712), Pahang (1,376) dan WP Kuala Lumpur (1,339).

Menurut data CovidNow KKM, sehingga jam 11:59malam 18 Feb, daripada 233,065 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19, sebanyak 219,696 kes (94.3 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 5,476 Kes (2.3 peratus) lagi di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC); 7,658 kes (3.3 peratus) di hospital; 103 kes (0.0 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) sementara 132 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Dengan kes kumulatif sebanyak 3,166,023 kes, Malaysia kini di tangga 27 daripada 225 buah negara/wilayah yang dilanda Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Kanada (3,232,968 kes) dan Peru (3,474,965).

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini daripada 27,808 kes harian baru, hanya 103 kes (0.37 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 27,705 kes (99.63 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 12,488 kes sembuh pesakit Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,900,682 (91.6 peratus).

Sebanyak 92 kes di ICU disahkan sebagai Covid-19 setakat 18 Feb dan hanya 55 kes daripadanya memerlukan ABP.

Dr Noor Hisham dalam paparan di Facebook semalam turut menyatakan, setakat ini, kes Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan harian yang dicatatkan jauh lebih rendah berbanding kes harian Covid-19.

"Ini sangat berbeza sewaktu kemuncak gelombang varian Delta,” katanya.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Ro/Rt) untuk seluruh negara sepanjang tempoh rangkuman melepasi paras 1.00. Data untuk rangkuman mingguan ini seperti berikut:-

12 Feb (1.49), 13 Feb (1.43), 14 Feb (1.38), 15 Feb (1.33), 16 Feb (1.32), 17 Feb (1.27) dan 18 Feb (1.24).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 18 Feb ialah Labuan (1.86), Sarawak (1.52) dan Sabah (1.44).

Ro/Rt ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

12 Feb (140,336), 13 Feb (155,673), 14 Feb (168,447), 15 Feb (182,965), 16 Feb (202,863), 17 Feb ( 217,782) dan 18 Feb (233,065).

Perincian kes harian baru (27,808 kes) mengikut negeri setakat jam 11:59mlm 18 Feb adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baru empat angka: Johor 2,697 (+19), Kedah 2,528 (+9), Kelantan 1,721 (+1), Negeri Sembilan 1,712 (+0), Pahang 1,376 (+0), Pulau Pinang 2,088 (+0), Sabah 5,560 (+6), Selangor 6,041 (+23) dan WP Kuala Lumpur 1,292 (+47).

K​​​​es harian baru tiga angka: Melaka 516 (+8), Perak 489 (+0), Perlis 203 (+2), Sarawak 386 (+4), Terengganu 537 (+1), WP Labuan 414 (+0) dan WP Putrajaya 129 (+0).

Rekod kes baru, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

12 Feb - Kes baru : 22,802 (3,019,163 kes kumulatif); kes import : 94 kes [55 warganegara

(58.5%); 39 bukan warganegara (41.5%)]; Kes tempatan : 22,708 kes [22,113 warganegara

(97.4%); 595 bukan warganegara (2.6%)];

13 Feb - Kes baru: 21,072 (3,040,235 kes kumulatif); kes import : 65 kes [29 warganegara

(44.6%); 36 bukan warganegara (55.4%)]; kes tempatan : 21,007 kes [20,526 warganegara

(97.7%); 481 bukan warganegara (2.3%)];

14 Feb - Kes baru: 21,315 (3,061,550 kes kumulatif); kes import : 81 kes [47 warganegara

(58.0%); 34 bukan warganegara (42.0%)]; Kes tempatan : 21,234 kes [20,551 warganegara

(96.8%); 683 bukan warganegara (3.2%)];

15 Feb - Kes baharu : 22,133 (3,083,683 kes kumulatif); Kes import : 80 kes [30 warganegara

(37.5%); 50 bukan warganegara (62.5%)]; Kes tempatan : 22,053 kes [21,604 warganegara

(98.0%); 449 bukan warganegara (2.0%)];

16 Feb - Kes baharu : 27,831 (3,111,514 kes kumulatif); Kes import : 118 kes [60 warganegara

(50.8%); 58 bukan warganegara (49.%)]; Kes tempatan : 27,713 kes [27,049 warganegara

97.6%); 664 bukan warganegara (2.4%)];

17 Feb - Kes baharu : 26,701 (3,138,215 kes kumulatif); Kes import : 132 kes [70 warganegara

(53.0%); 62 bukan warganegara (47.0%)]; Kes tempatan : 26,569 kes [25,919 warganegara

(97.6%); 650 bukan warganegara (2.4%)].

18 Feb - Kes baharu : 27,808 (3,166,023 kes kumulatif); Kes import : 119 kes [60 warganegara

(50.4%); 59 bukan warganegara (49.6%)];Kes tempatan : 27,689 kes [27,057 warganegara

(97.7%); 632 bukan warganegara (2.3%)];

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara kembali meningkat dan setakat 18 Feb, jumlah yang direkodkan KKM sebanyak 486. Secara keseluruhan, sebanyak 6,692 kluster dikesan dan 6,206 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh 12 Feb hingga 18 Feb, berdasarkan data KKM sebanyak 117 kluster baru direkodkan.

Kluster terbanyak adalah pendidikan dengan 90 kluster (77.0 peratus), tempat kerja 15 kluster (13.0 peratus), kumpulan berisiko tinggi 8 kluster (7.0 peratus), diikuti pusat tahanan 2 kluster (2.0 peratus) dan komuniti 1 (1.0 peratus) dan import 1 (1.0 peratus).

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

12 Feb - 11 (tempat kerja 1, pendidikan 8 dan kumpulan berisiko tinggi 2);

13 Feb - 10 (tempat kerja 1, pendidikam 8 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

14 Feb - 17 (tempat kerja 3 dan pendidikan 14);

15 Feb - 16 (tempat kerja 2, pendidikan 12, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1);

16 Feb - 28 (tempat kerja 4, pendidikan 21, import 1, kumpulan berisiko tinggi 2 dan pusat tahanan 1);

17 Feb - 19 (tempat kerja 3, komuniti 1, pendidikan 13, kumpulan berisiko tinggi 2).

18 Feb - 16 (tempat kerja 1, pendidikan 14 dan kumpulan berisiko tinggi 1).

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

Daripada 22,802 kes harian yang dilaporkan 104 kes (0.46 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; manakala 22,698 kes (99.54 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 21,072 kes harian yang dilaporkan pada 13 Feb, 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 21,315 kes harian yang dilaporkan pada 14 Feb: 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 22,133 kes harian yang dilaporkan pada 15 Feb: 146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 21,987 kes (99.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 27,831 kes harian yang dilaporkan pada 16 Feb: 97 kes (0.35 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 27,734 kes (99.65 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 26,701 kes harian yang dilaporkan pada 17 Feb: 118 kes (0.44 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 26,583 kes (99.56 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 27,808 kes harian yang dilaporkan pada 18 Feb: 103 kes (0.37 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 27,705 kes (99.63 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh rangkuman mingguan ini:

12 Feb (5,442), 13 Feb (5,724), 14 Feb (8,517), 15 Feb (7,584), 16 Feb (7,912), 17 Feb ( 11,744) dan 18 Feb (12,488).

* kes kumulatif sembuh sehingga 18 Feb 2022 sebanyak 2,900,682 (91.6 peratus).

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan dan dibawa ke jabatan forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

12 Feb - 15 (BID 5), 13 Feb - 11 (BID 5), 14 Feb - 24 (BID 11), 15 Feb - 31 (BID 10), 16 Feb - 21 (BID 9 ), 17 Feb - 39 (BID 17) dan 18 Feb - 36 (BID 11).

*Jumlah kes kematian sehingga 18 Februari 2022, sebanyak 32,276 kes.

- Bernama